2015



Salam semua. Ye. SPM DAH HABIS. LAMA DAH. HAHAHA. CUMA AKU BARU NAK BLOGGING SEBAB RINDU BAK HANG!! *jerit walaupun takda sapa dengar* ok lek sudah. Firstly aku rasa lega jugak dah habis spm tapi memikirkan result yang bakal menjelma beberapa bulan lagi membuatkan aku tak senang duduk bak kata pepatah seperti cacing kepanasan? Eh yeke? Dah tak sekolah habis semua peribahasa aku bedal tapi seriousla betul kot. Kan? *angguk jela* Ok. Cuma aku nak share sikitlah zaman form5 aku tak best mana pun. Hambar. Banyak benda yang aku tak expect berlaku. Kalau yang manis takpa, ni yang pahit. Pehh, pedih. Ingat nak buat kenangan manis tapi bagi aku manis tu tak rasa sangat yang pahit tu banyak. ah sudah, takpela nak buat macam mana. mungkin ini bahagian aku, takpa. Yakin satu hari nanti aku rasa kemanisan tu. Aku rindu jugak kawan kawan aku kat sekolah tu tapi tak tahulah dorang rindu aku ke tak. Haha, rindu nak rehat pastu gelak sama sama je. Walaupun aku suka bersendirian di sekolah tu tak jadi masalah pun. Keseronokkan tu masih ada walau secebis kih kih. Tahla aku rasa seronok jugak kadang bila alone. Sebab nanti kau boleh bawak diri sorang sorang, maksud aku hidup kau bukan bergantung dekat kawan kawan. You need to be independent bak kata orang putih. At first, memang susah tapi bila dah lama lama kau akan yakin dengan diri kau bila kau alone. Itu pendapat aku la, sebab aku lalui begitu. Yela kadang malas nak kisah dengan semua orang yang suka sakitkan hati aku baik aku dok diam diam buat tak tau je. Lagi senang. Tak banyak drama. *senyum*

Lepas spm, aku menganggur selama sebulan lebih, dan sekarang bekerja di sebuah bakery hehehe. Syok gak kerja. Aku cuma nak cari experience how my parents kerja cari duit untuk sara aku dan keluaga. Perit jugak. Memula penat. Pastu mestilah satu hari tu kau kena marah dengan boss. Hahaha. Macam aku, aku jenis yela baru 2 hari kot. Aku pendiam ah jugak. Sekali kena tegur dengan boss, "kenapa awak tak layan customer bla bla" aku boleh sengih time tu walhal dia tengah serious. Tempah maut betul. Tapi rileksla, kalau tak ditegur aku rasa aku diam je sepanjang aku bekerja sebab aku tak tau nak have a convo dengan sesapa. Aku ni memang jenis pemalu tapi bila dah bukak mulut kang tak reti diam, ada je benda nak tanya. Mungkin teguran boss tu buat aku rasa geram lantas aku pun being nice gila towards customer. Kira dah tak takutla. Tapi kekadang geram jugak dengan certain customer yang bila aku tanya nak kek apa dia buat tak tau je oh pedihnya hati ni. Yes, alam pekerjaan ni kau akan jumpa dengan berjenis jenis manusia yang lain ragamnya. Ada yang baik, peramah, yang garang. Peh. Kuatkan aku ya rabb. So far okaylah kerja ni takde ah berat sangat but penat ah. Gaji nak masuk dah. Kehkehkeh ni yang tak sabar. Aku decide nak kerja sampai aku dapat tawaran sambung belajar. Inshaallah Amin. Doakan aku dapat result bagus. *lap peluh* takutnya!!!

Aku dapat rasakan life after school sangatlah berbeza, kau akan reti makna life. Yang real punya. Aku admit, aku takut sikit dengan future aku. Sebab aku tak tau apa akan berlaku. Cuak. Time tu memang betul kau kena berdikari. Janganlah bergantung kat kawan, all you need is yourself. Cuba cubalah. Aku pesan je.

Konon lepas SPM, semua kawan nak ajak jumpa last last memasing busy. Ye aku pun busy. Semua bekerjaya dah sekarang haha. Kerja pun jejauh. One day ada rezeki kita jumpa ye geng!!!!

                   
Ok sampai sini je nanti aku sambung. Bye, Wasalam :D

"2015" was posted on: Tuesday, January 27, 2015 @ 3:46 PM Add comment 0


Older Post | Newer Posts


Twitter


You’re lucky, Allah SWT gifted you with hidayah. Share it with others too.
Owner
Fatin Nursyahira / 17

Listen