Let the past go, hijrah.



Bismillah, first of all i thank Allah for everything. Alhamdulillah. Im blessed. Yang datang, yang pergi, yang ada dengan aku selama ni.. Terima kasih.

Ya, ada beberapa orang email aku tanya pasal penghijrahan aku. Walaupun tak ada apa nak dibanggakan tapi hanya sekadar perkongsian. So aku nak share lah ni. Jangan cakap aku poyo pulak. Hahaha ok.

Aku tekad nak hijrah masa form4. Tak tau kenapa tapi aku rasa aku dah jauh tersasar dengan Tuhan. Maka dengan itu aku memang berazam untuk berubah atau atas kata lain hijrah. Aku mula dengan pemakaian. Aku cuba untuk melabuhkan segalanya, kadang hati terdetik jugak "mesti orang cakap aku ustazah. Taknaklah" kata hati.... Aku cuba cuba cuba dan cuba. Family bagi lampu hijau, i mean dorang support aku. Dari tudung singkat ke bidang 60 wa cakap sama lu orang yang kenal kau dulu mesti macam perli perli la. Biasa bro. Lantakkan je. Ala pakai bidang berapa pun ok je kalau tertutup apa yang patut ditutup. jangan selempang kan!! Tiap masa aku nak keluar rumah je aku tengok cermin dan berkata "agaknya Allah reda ke dengan pemakaian aku" dari atas sampai bawah. Kau rasa? Perempuan agak rumit. Leceh sikit. Tapi untuk siapa? Kau pernah fikir? Sebab Allah sayang lah. Benda labuh ni kira macam senjata gak bagi kaum hawa. Nanti bila kau dah pakai lelabuh kau rasa kau kena ngorat tak? Cuba lah. Aku cabar. Lain kalau kau melayan balik memang tak jadi apa.

Okay, aku pakai tudung labuh mostly orang akan cakap "ustazah ah" "sekolah agama eh" mostly.

Time tu kau kena set betul betul supaya kau ni jenis tak lemah dengan kata kata orang yang suka menjatuhkan kita. Betul, istiqamah tu sangat sangat payah. Menguji tahap mental fizikal secara kaw kaw punya. Kau kena kuat, yakin dengan apa kau buat. Ingat Allah je dalam semua benda kau buat. Jangan hidup nak puaskan hati orang.

Next, aku berazam tak nak mencarut tinggal solat dan sewaktu dengannya, even its hard kau kena ingat yang kau nak berubah. Tak nak ingat zaman jahiliyah dah. Move on saja!!! Kalau rasa nak mencarut, kau fikir dulu. Inshaallah terbatas apa kau nak cakap tu. Banyakkan istighfar.

Aku bersyukur, sebab datangnya hamba Allah ni untuk membantu aku dalam proses penghijrahan. Percayalah, kalau kau fikir yang baik baik, yang datang inshaallah baik baik. Allah dah uruskan. Kau relax je dan doa. Shes the one yang supportive, always bagi nasihat yang positive la. Masa aku rasa aku nak give up, she says "orang lain susah nak dapat hidayah, takkan nak lepaskan macam tu je?" aku tersentak. Betul jugak, asal aku nak give up sebab orang asyik look down dekat aku. For what? Dia bagi aku apa? Aku bernafas dekat dunia ni pun sebab Allah izin. Kalau tak? Haa, aku tak perlukan dia pun. Banyak kali aku fikir lepastu mula lah leleh air mata tak taulah memang emotional sikit lately.



Lepastu dekatkan diri dengan tuhan contohnya joinlah group usrah yang aktif berusrah. Join ceramah kat masjid, senang cerita ambik bahagian lah dalam majlis agama. Walaupun kau rasa bosan, kau pergi je. mula mula memang macamtu lama lama seronok tu kau akan rasa. iman ni kadang naik turun. ada masa dia full ada masa dia low. kena tarbiyyah sikit. didik hati tu!!!!!

Yang ada smartphone tu guna dengan baik, kau try ah join group group kat whatsapp or wechat ke. Yang sentiasa update pasal isu isu agama. Inshaallah adalah sikit ilmu yang kau dapat daripada kau dok syok layan game. baik kau search pape patut, its for ur own good jugak.

Kalau boleh baca ah al-quran tu sehelai je. Lama lama kau dah biasa tu kira rutin kau.

Aku hilang kawan sebab aku berhijrah, yelah sapa nak kawan dengan budak tudung labuh? Ada je tak kena. tapi aku tak kisah. Allah kan ada? Hilang kawan ni normal. Tapi ada segelintir kawan aku yang rock rock i mean biasa biasa dia pernah cakap dengan aku "fatin. kau tak kisah ke kawan dengan aku? aku tak tutup aurat. tak solat" aku senyum and i replied with "sebab aku tak kisahlah. takpa aku doakan kau" mula mula kau nasihat je, lepastu kalau tak jalan jugak, by your action. and lastly doa for her.

Jangan pilih kawan walaupun kau dah berubah. Siapa nak bimbing kawan kau nanti kalau kau sendiri bawa diri? Betul selfish. Kata nak masuk syurga sama sama? tariklah perhatian dorang. Inshaallah Allah will make it easy. Yakin!

Bab ikhtilat aku sendiri pun masih dalam langkah berjaga jaga. Doakan.

Jangan sesekali rasa diri dah bagus sebab kita pakai labuh dan longgar, jangan hina orang yang tak tutup aurat. Tu paling bahaya kelak binasa badan wei.

Tapi sekarang aku takdelah consider aku ni perempuan yang alim sebab tudung aku labuh tertutup semua. tak sama sekali, ada cacatnya aku tapi Allah tak tunjuk. Allah tutup aib aku. Banyak lagi ilmu yang perlu aku cari. Masih dahagakan ilmu. Moga Allah permudahkan.

I thank Allah for all the best thing that happened in my life.


"Apapun, cari kawan yang boleh tarik. Pegang kita bebila kita jatuh, and please hold it tightly"


"Let the past go, hijrah." was posted on: Wednesday, January 28, 2015 @ 8:41 AM Add comment 0


Older Post | Newer Posts


Twitter


You’re lucky, Allah SWT gifted you with hidayah. Share it with others too.
Owner
Fatin Nursyahira / 17

Listen