IDK

SPM dah nak dekat. Bukan nak. Memang dekat. Walaupun ada dalam 100+ hari but yeah aku rasa hampir sangat. Pantasnya masa berlalu. Aku yang leka. Dah masuk bulan 5. Wow. Form4 punya subjek pun aku tak cover lagi. Acane. Haih, kata nak banggakan mak ayah. ZZZZZZ sedih la hidup aku ni :( nak nangis hahaha over pula. Tapi serious aku kena pulun gak tak kira ah cemana cara tapi yang penting aku tak nak online semua. Benda ni yang buat aku leka. Aku akan online bila betul betul aku bosan gila. Eh. Aku boleh hidup ok tanpa online. Wekekeke. Puasa online namanya ni. Aku punya phone pun bukanlah smartphone so its easy for me. Lainla aku gune iphone sekarang, tak lekang dari pegang benda alah tu 24 jam. Hahaha. Lagi aku tak buat apa kang. Ceh ni dah kenapa dok cerita pasal benda lain hahahaha. Sengalnya awak ni fatin. Eh. Bijaknya ten ten. Ok.


 Sebabnya aku rindu gila nak blogging so aku pun dah blur tak tau nak citer pe. Almaklumlah dulu kala zaman jahiliyah aku, balik sekolah je terus blogging. Pergh. Blogger tegar. Ade cerita gempak sikit je update. Pastu bila baca balik. Bapak lawak. Jadi aku save as draft sebagai kenangan instead of nak tayang cerita zaman dulu aku. Hahahaha. Poyo gila kan? Aku tau. Hmmmm. Ok. Aku rasa korang pernah rasa apa rasa aku. That moment when some of ur friend backstab kau. Haa tu aku feel sekarang. And aku rasa aku dah tak kenal lagi sapa kawan aku. Ye, aku tau tak elok tak bertegur lebih dari 3 hari. Aku tau. Tapi aku dah bagi dia second chances kot. Last last dia bedal aku jugak. Kalau kau ada dekat tapak kaki aku sekarang, apa kau nak buat? Nak maafkan? Aku boleh maafkan tapi lepasni aku rasa aku dengan dia tak macam dulu. Kiteorang akan jadi strangers kot. Cakap bila perlu. Haa, tapi bagus jugak. Entahlah. Penat aku pikir. 

Kadang masalah yang datang ni mungkin balasan atas dosa aku dulu? Kalau ya, aku terima. Tapi ya Allah. Tak sanggup. Dok fikir spm lagi, kawan lagi. Itu ini. Kucing aku lagi. Ahhh serabutnya ); tapi jujur dari hati aku nak mintak maaf to those yang kenal aku then aku pernah TERkutuk or anything yang boleh lukakan hati hangpa. Maafkan aku. Jika ada. Sebab aku pun manusia biasa macam hangpa. Banyak gak silap aku. Hm *kesat air mata* Sorry ah aku tetiba nak meroyan haha tak tau nape cume kadang hati aku rasa kosong. Tak tahu nak cerita kat sape. Nak pendam? Cam tak elok je orang kata. Haha tapi itu yang aku suka buat sebenarnya. 

Aku bukan jenis suka share masalah dengan family. Sebab aku tau ibu ayah aku sibuk memikirkan cane nak bagi aku dengan adik adik makan semua. Buat apa aku nak serabutkan diorang? Baik aku diam je. Aku luahkan kat sini pun kira ok gak la lol. Aku rasa tahun ni paling mencabar. Haha first week sekolah je dah gaduh dengan kawan. After 4 months tak tegur akhirnya tegur gak. Tapi dugaannya ya rabbi. Allah je tau. Ingat dah habis dah drama ni masalah lain pulak tambah sedih tahap apa dah aku tak tahu. Tapi yang penting aku malas dah nak fikir sebab I live here not to please everyone but Allah. So why bother? So mulai sekarang aku nak kuatkan hati aku untuk semuanya. Cekal, tabahlah wahai hati yang sentiasa rapuh. Pehhh jiwang sangat ni tak tahan. Hahaha. Ingat, hidup ni kena happy selalu. Dah la tahun last ni sekolah, tak kan aku nak simpan kenangan sedih pulak. Tapi so far memang sedih pun T_T
"IDK" was posted on: Tuesday, September 24, 2013 @ 2:44 AM Add comment 0


Older Post | Newer Posts


Twitter


You’re lucky, Allah SWT gifted you with hidayah. Share it with others too.
Owner
Fatin Nursyahira / 17

Listen